Windows 8 Screenshots
Mungkin ada di antara kalian yang tahu bahawa Windows 8 akan dilepaskan tidak lama lagi. Bagi mereka yang tidak tahu Windows 8 Release to Manufacturing (RTM) akan dilepaskan sekitar awal bulan Ogos untuk diuji pada desktop dan laptop. Ianya dikhabarkan bahawa Windows 8 akan dilepaskan kepada umum pada 26 Oktober.
 |
Logo Windows 8 |
Windows 8 akan membawakan antaramuka metro-style yang kelihatan seperti Windows Phone 7 yang terdapat pada smartphone Nokia yang terbaru. Beberapa perubahan yang diperkenal pada Windows 8 ialah:
- membuang tema Aero Glass yang diperkenal pada Vista
- membuang Start button
- fungsi baru iaitu Refresh dan Reset yang menjadikan PC laju seperti selepas diformat
- boleh dijalankan pada USB yang menjadikan mana-mana PC yang dicucuk itu seperti Windows 8 yang dikehendaki
Berikut merupakan beberapa screenshots Windows 8
 |
Bootscreen animation |
 |
Pilihan warna dan tema |
 |
Internet Explorer 10 mengikut tema warna yang dipilih |
0 komen: